Kita manusia ni kadang kala terlalu banyak memikir sehingga tak sedar kita keluar dari dunia nyata buat seketika. Dan mungkin itu yang terjadi pada aku semalam. Namun sejujurnya aku masih gagal mengingati realiti semalam. Begini ceritanya.
Aku merancang untuk meninggalkan office tepat jam 6 petang sebab baby Rayyan kurang sihat. Tapi aku hanya manusia biasa yang hanya merancang tapi Yang Maha Berkuasa yang menentukan. Tetiba ada kerja yang perlu diselesaikan segera tanpa ditangguh, maka bekerjalah aku sekuatnya...iaitu menyiapkan tugasan itu. Siap je, ready to balik jam dah pun menunjukkan pukul 6.30 petang.
So bermulah perjalanan pulangku...dan ini adalah setakat yang aku ingat. Keluar dari gate pejabat, masuk jalan ke jalan raya, amik kiri turun ke highway, amik lane tengah dan vrooommmmm je...lepas tol masuk gear potong bas, dan kemudian.....
Aku sedar-sedar dah hampir ke tol UPM dan aku bertanya pada diri aku, macam mana aku joleh ada dijalan itu dan automatiknya aku lihat ditempat aku selalu letakkan tiket tol. Tiada tiket disitu kecuali wang kertas lima ringgit yang aku standby untuk bayar tol. Makanya otak aku pun ligat berfikir segala kemungkinan yang ada, tiket itu terjatuh ditiup angin, tiket itu terselit ditempat lain atau paling mengerikan aku melepasi tol tanpa mengambil tiket, huishhh samseng betil aku.
Selepas hampir 10 minit aku membiarkan kereta yang berbaris belakang aku di tol UPM, memaki hamun, atau berangan, atau menyumpah seranah aku, akhirnya aku diminta membayar RM53.30 pada tol yang nilai sebenarnya cuma RM1.60.
Berfikir hingga terkeluar dari realiti itu telah merugikan aku RM 51.70. Tapi itu hanya nilai ringgit yang membolehkan aku membeli 3 ekor ayam sebagai lauk untuk seminggu, cuba bayangkan kalau sesuatu yang lebih buruk berlaku?.....
Sehingg kini aku masih gagal mengingati apa yang berlaku tapi aku tetap ingat apa yang ada difikiranku ketika itu....baby Rayyan yang demam, suamiku yang kurang sihat dan kakakku yang perlu dimasukkan ke wad awal mei ini....dan itulah yang ada dalam fikiran aku....
No comments:
Post a Comment