Hadirnya dia ke bumi Allah SWT ini pada tahun
1995, sebenarnya tidak berapa jelas di ingatanku kerana ketika itu aku sedang
kalut dengan kehidupan remajaku. Remaja yang baru belajar tentang keindahan dan
kesakitan sebuah cinta monyet. Remaja yang sedang bergelut untuk
memastikan kesinambungan pembelajaran berterusan. Remaja yang sedang berjuang
mengawal realiti kehidupan.
Namun
kepulangan selepas tamat STPM membuka ruang untuk aku lebih mengenalinya.
Mengenali anak kecil bertubuh kurus itu, kata doktor kurang zat makanan.
Sejak itulah dia menjadi sebahagian daripada hidupku.
Masih aku
ingat percutian pertama kami berdua di Pulau Pangkor ketika usianya baru
menginjak setahun lebih. Berjauhan dengan mama dan ayah untuk beberapa hari
tidak menjadi kudis padanya kerana ada aku. Aku yang padanya ketika itu lebih
dari seorang maksu.
Melayani
kegilaan ku menyiapkan assignment dengan menjadikan dia model photocomm ku.
Mengheretnya berjalan kaki hingga ke Taman Tasik Taiping hanya dengan
upah aiskrim.
Juga masih
aku ingat ketika dia datang bercuti di Kuala Lumpur di usia 6 tahun.
Menerima cinta hatiku seadanya. Dan juga masih aku ingat di hari
raya itu bila kami mengambil gambar keluarga bersamanya buat pertama kali.
Masih segar
diingatanku mainan perasaan kanak-kanaknya yang mempertikaikan, dia anak mamie
dan babah, tapi kenapa namanya tidak ada "Hasrul" seperti adik Addin
dan jawapan kami, abang "Hasrul Aboy Naim"
Dan hari
ini, 14 Ogos 2013, "Hasrul Aboy Naim"ku atau Hakimi Ikhmal sudah
bergelar seorang lelaki di usia 18 tahun. Bukan lagi anak kecil yang
sentiasa menantikan kepulanganku setiap kali cuti dan perayaan, kerana sekarang
tiba giliran aku menanti kepulangan.
Hari ini
dia menjadi kebanggaanku, babah dan mamanya. Melawan segala halangan
untuk berjaya dalam hidup. Menjadikan sebuah kehilangan satu kekuatan.
Di hari
ini, dihari ulangtahun kelahiranmu ke 18 ini, tiada yang mampu mamie berikan
selain kasih sayang yang tak pernah berkurang dan doa yang berpanjangan. Semoga
Abang Boy akan menjadi manusia yang berbakti pada agama dan bangsa.
Selamat
Ulangtahun ke 18- "Hasrul Aboy Naim" Ku.............