Hasrul Rayyan
Naim dilahirkan pada 26 Mei 2012 pada jam 4.05am di Bilik Pembedahan Hospital
Putrajaya dengan berat 2.84kg, tinggi 47cm dan ukur lilit kepala 34cm pada usia
kandungan 36 minggu. Hasrul Rayyan Naim nama yang dipilih oleh suamiku yang
bermaksud “Nikmat penjaga pintu syurga untuk mereka yang berpuasa”.
Throwback
(bak kata orang-orang sekarang), selepas keguguran kandungan keempat pada
November 2009, aku mengambil suntikan perancangan keluarga semula dan tidak
pernah berbincang tentang percubaan untuk menambah bilangan ahli keluarga lagi. Mungkin kerana trauma yang lalu, tapi aku
pernah berpesan kepada suami, jika ada rezeki kami lain kali aku ingin kembali
ke hospital yang sama aku lahirkan anak-anak sebelum ini bukan hospital
berdekatan rumahku itu. Selepas genap setahun, aku tiba-tiba terasa malas untuk
meneruskan suntikan tersebut.
Dan…selepas
beberapa bulan, hadirlah dia dalam diriku. Kehadiran Rayyan aku sahkan di Hotel
Grand Reverview Kota Bharu sewaktu aku membuat tugasan luar. Gambar ujian kehamilan itu aku mmskan kepada
suami dan jujurnya dia membalas, “maksudnya?”.
Dan aku balas, “nak masuk 5 anak pun belum faham lagi?.”
Itu adalah
tugasan luar terakhir aku kerana selepas itu aku tidak lagi dizinkan oleh
suamiku untuk travel jauh-jauh. Mungkin
dia merasakan apa yang berlaku sebelum ini sedikit sebanyak disebabkan jadual
travellingku yang begitu padat.
Mengandungkan
Rayyan aku tak begitu teruk alahannya cuma cepat letih, aku rasa lebih kerana
pertambahan berat badanku, untuk 3 puteraku yang pertama, berat aku cukup 60kg
aku selamat melahirkan mereka tapi Rayyan, diawal kehamilan sahaja beratku
sudah mencecah 61kg. Ermm mungkin juga
faktor usia.
Segalanya
berjalan lancar sehinggalah pada 22 Mei 2012, kandunganku berusia 35 minggu 5
hari. Hari itu aku ada check up di hospital Putrajaya sebagai proses booking
untuk membolehkan aku bersalin di sana.
Sampai dihospital sambil menanti nombor giliran, aku dan suamiku
bergurau dan mengimbas saat-saat 3 kelahiran anak-anakku di hospital ini.
Tiba-tiba aku
berkata,” entah-entah nanti jadi macam masa abang chik, lepas check up doctor
kata dah kena masuk wad ni, langsung tak jadi nak jalan-jalan kat Alamanda”. Itulah yang terjadi pada tahun 2006. Sejak
pagi aku sudah mula rasa sakit tapi tidaklah sekuat mana, dan kami sekadar
pergi ke hospital malam itu untuk pemeriksaan dan bertanya sama ada selamat
untuk kamu travel balik kampong. Selepas di periksa, doctor cakap bukaan sudah
2cm dan contraction setiap lima minit dan aku perlu di tahan di wad malam itu
juga.
Bila
mengenangkan peristiwa itu kami ketawa.
Akhirnya tiba giliran aku berjumpa doktor, aku sudah sedia baring untuk
ultrasound dan doktor menghampiri aku sambil membaca maklumat dalam buku rekod
kehamilanku. Sebaik sahaja gel disapu,
bayangan bayi dalam perutku kelihatan, aku mengesan riak tidak enak diwajah doktor
itu. Riak yang aku tidak suka kerana
ianya riak kebimbangan sama seperti 3 tahun lalu.
Kemudian doktor
memberi penjelasan, air ketubanku terlalu kurang, yang tinggal hanyalah
dicelah-celah lipatan tubuh badan bayiku. Dan akhirnya kemasinan mulutku dan
gurauan kami menjadi kenyataan. Kata doktor,” Air ketuban puan kurang, tapi
baby masih kuat. Kami mungkin perlu tahan puan di wad tapi kita akan periksa
jumlah sebenarnya dahulu.”
Aku hanya mengangguk tanda faham.
Keluar dari
bilik doktor aku khabarkan pada suami yang menunggu dan kami masih mampu
tersenyum… sejarah berulang lagi… Lepas lebih kurang 10 minit menunggu, aku
dipanggil dan inilah yang diberitahu pada aku,” Kami dah kira, kandungan air
ketuban puan hanya tinggal 6 dan jumlah sepatutnya sekurang-kurangnya 12 pada
waktu ini. Puan perlu masuk hospital
sekarang juga, oleh kerana kandungan puan lagi 2 hari cukup 36 minggu, kita
hanya akan induce puan selepas itu.
Sekarang kami akan berikan puan satu suntikan untuk mematangkan
paru-paru baby dan satu lagi selepas 12 jam. Puan boleh minta suami uruskan
kemasukan ke wad.” Sekali lagi aku hanya mengangguk.
Sementara
menunggu giliran mengambil suntikan, suami menguruskan prosuder kemasukan
wad. Selepas mengambil suntikan dan
menunggu sehingga asar, kami dimaklumkan masih belum ada katil kosong, kami
dibenarkan pulang dahulu dan akan dihubungi jika sudah ada katil yang kosong,
jika masih belum ada kami perlu datang semula jam 12 tengah malam untuk
mendapatkan suntikan matangkan paru-paru baby yang kedua.
23 May
2012-12 tengahmalam-Hospital Putrajaya, kami kembali ke bilik bersalin untuk
mengambil suntikan kedua. Usai semuanya,
kami dimaklumkan untuk balik dahulu dan datang semula keesokkan harinya.
23 May 2012-
9.30am- Hospital Putrajaya. Awal lagi kami dah ada disana, menanti sambil
membuat lawak-lawak sesama sendiri.
Menjelang tengahari barulah ada katil kosong dan dapatlah meluruskan
belakang di atas katil.
Malam tu,
ubat induce yang pertama dimasukkan.
24 May 2012 –
Wad 3B Hospital Putrajaya, masa dihabiskan dengan berehat dan menjahit sarung bantal
baby. Nasib baik mak ada di rumah masa
tu, dalam keadaan mata pun dah tak berapa nampak, kena jahit tangan plak tu,
mak berjaya tolong siapkan sarung tilam dan sarung bantal baby yang lain. Terima kasih mak.
Kesakitan
sudah mula terasa, datang dan pergi namun bukaan agak perlahan.
Entah kenapa
hati aku menjadi takut sangat hari tu, boleh dikatakan waktu itu ramai pulak
yang bersalin secara pembedahan atas pelbagai sebab. Airmata mula mengalir, aku takut, takut
sangat, manusia tidak selalu diberi peluang banyak kali dan bernasib baik. Aku
dah dua kali bernasib baik, seinci dari kematian sewaktu melahirkan Firdaus dan
keguguran Baby X. Ya Allah, hanya padaMu aku berserah. Mungkin juga kerana itu
yang diberitahu oleh doktor sewaktu pemeriksaan, pembedahan adalah jalan
terakhir untuk menyelamatkan baby.
25 May
2012-Wad 3B Hospital Putrajaya, 6am pemeriksaan bukaan mendapati 2cm dan contraction
3/10. Oleh kerana contraction dah
semakin kerap hari ini doktor takkan masukkan ubat. Menjelang tengahari bukaan naik ke 3cm.
Petang mak
datang dan tak lama lepas tu babah naik dan tanya,” boleh turun? ‘Imran ada di
bawah”. Rindu sungguh aku pada kemanjaan
puteraku yang seorang ini. Kerinduan membuatkan aku terlupa pada burger yang
aku pesan dan kami turun ke bawah. Baru
sekejap melepaskan kerinduan, tiba-tiba 2 orang jururawat menghampiri dan
memberitahu, doktor pakar arahkan untuk aku dibawa ke wad bersalin. Kami semua
terkejut dan saling berpandangan. Sempatlah aku memohon maaf dan ampun daripada
mak. Babah kata, dia hantarkan mak dan
anak-anak balik dulu dan akan datang semula.
Jam 6 petang
air ketuban aku dipecahkan dan pada masa itu bukaan kekal 3cm dan menurut kata doktor
pakar oleh kerana ini adalah kehamilan ke5 ku, jika mencapai 5 atau 6cm sudah
memadai. Entah kenapa bilik bersalin tu
terasa panas, sangat kurang selesa dan jururawat maklumkan, ada gangguan
bekalan elektrik, kuasa tidak mencukupi, mujurlah ada babah untuk tolong
kipaskan. Aku masih mampu tersenyum masih
mampu melawak dengan babah.
Menjelang
hampir 12 malam, senyumku bertukar airmata, mimpi ngeri yang aku takuti terjadi
lagi. Tidak ada perkembangan langsung
dengan bukaan, baby juga tidak membantu kerana sentiasa tidur. Untuk mengelakkan
sesuatu yang lebih buruk doktor memutuskan untuk aku menjalani pembedahan. Ya Allah, ujian apakah kali ini. Aku sudah mula menangis, untuk kali ini aku
takut sangat. Adakah aku akan bernasib baik sekali lagi?
Jam 3 pagi, 26
May 2012- bilik Bersalin Hospital Putrajaya, pakar bius datang dan memberi
suntikan bius kepadaku dan aku mula rasa mengantuk, perkataan terakhir aku pada
babah ialah, “ira ngantuk” dan aku dengar babah cakap, “tidur jelah”.
Ya Allah
sakitnya, kenapa ada tangan masuk dalam perutku dan menggoncang perutku kasar
dan tanpa sedar aku menjerit,”Sakit” dan seorang jururawat dengan pantas terus
memasang gas penahan sakit dihidungku dan aku hanyut sekali lagi.
Aku mengambil
masa yang agak lama untuk sedar di bilik pembedahan dan sebaik sedar aku terus
bertanya macam mana dengan babyku? Kata jururawat, baby selamat dan dah dibawa
ke wad. Aku kemudian di tolak ke wad dalam
keadaan masih separuh sedar. Tidak
bermaya sekali kelahiran kali ini aku rasa, selepas aku dipindahkan ke katil
wad, jururawat menolak masuk baby dan memberitahu babah boleh azankannya dan
aku tanya baby apa? Babah jawap, lelaki, dan aku ucapkan,”Alhamdulillah”. Sesungguhnya aku yakin Allah SWT mempunyai
rencana yang lebih baik dengan tidak memberi aku cahayamata perempuan. Aku redha dan terima dengan kesyukuran.
Memandangkan
kesan ubat bius yang belum habis, baby dijaga oleh jururawat dan menjelang
tengahari barulah aku sedar. Alhamdulillah babah dan mak dah pun sampai ketika
itu. Dan tengahari itu barulah aku
berpeluang memegang dan menyusukan babyku. Selamat datang anak mamie, Hasrul
Rayyan Naim.
Catatan ini
dicoretkan menjelang ulangtahun
kelahirannya ke2nya. Selamat Ulangtahun ke2 semoga menjadi anak yang
baik dan terus memekarkan cinta itu.
Mami sayang Adik…. Rabu/21 May 2014