Wednesday, 14 August 2013

Dia, Aku dan Kami

Hadirnya dia ke bumi Allah SWT ini pada tahun 1995, sebenarnya tidak berapa jelas di ingatanku kerana ketika itu aku sedang kalut dengan kehidupan remajaku. Remaja yang baru belajar tentang keindahan dan kesakitan sebuah cinta monyet.  Remaja yang sedang bergelut untuk memastikan kesinambungan pembelajaran berterusan. Remaja yang sedang berjuang mengawal realiti kehidupan.

Namun kepulangan selepas tamat STPM membuka ruang untuk aku lebih mengenalinya.  Mengenali anak kecil bertubuh kurus itu, kata doktor kurang zat makanan.  Sejak itulah dia menjadi sebahagian daripada hidupku.

Masih aku ingat percutian pertama kami berdua di Pulau Pangkor ketika usianya baru menginjak setahun lebih. Berjauhan dengan mama dan ayah untuk beberapa hari tidak menjadi kudis padanya kerana ada aku. Aku yang padanya ketika itu lebih dari seorang maksu.

Melayani kegilaan ku menyiapkan assignment dengan menjadikan dia model photocomm ku.  Mengheretnya berjalan kaki hingga ke Taman Tasik Taiping hanya dengan upah aiskrim.

Juga masih aku ingat ketika dia datang bercuti di Kuala Lumpur di usia 6 tahun.  Menerima cinta hatiku seadanya.  Dan juga masih aku ingat di hari raya itu bila kami mengambil gambar keluarga bersamanya buat pertama kali.

Masih segar diingatanku mainan perasaan kanak-kanaknya yang mempertikaikan, dia anak mamie dan babah, tapi kenapa namanya tidak ada "Hasrul" seperti adik Addin dan jawapan kami, abang "Hasrul Aboy Naim"

Dan hari ini, 14 Ogos 2013, "Hasrul Aboy Naim"ku atau Hakimi Ikhmal sudah bergelar seorang lelaki di usia 18 tahun.  Bukan lagi anak kecil yang sentiasa menantikan kepulanganku setiap kali cuti dan perayaan, kerana sekarang tiba giliran aku menanti kepulangan.

Hari ini dia menjadi kebanggaanku, babah dan mamanya.  Melawan segala halangan untuk berjaya dalam hidup.  Menjadikan sebuah kehilangan satu kekuatan.

Di hari ini, dihari ulangtahun kelahiranmu ke 18 ini, tiada yang mampu mamie berikan selain kasih sayang yang tak pernah berkurang dan doa yang berpanjangan. Semoga Abang Boy akan menjadi manusia yang berbakti pada agama dan bangsa.

Selamat Ulangtahun ke 18- "Hasrul Aboy Naim" Ku.............



Monday, 15 April 2013

150 Juta....

150 Juta adalah tajuk lagu Ainan Tasneem. Sejujurnya sebagai seorang yang berada dalam industri yang melibatkan lagu dan penyanyi ni, aku mesti tahu lagu ni. Jawapan aku, ya aku tahu lagu ini cuma tidak menghayati sepenuhnya.

Hujung minggu lalu perjalanan pulang ke Kuantan telah mengubah perhatian aku terhadap lagu ini.  Dan aku jatuh cinta tiba-tiba dengan lagu ini. Seperti mana aku jatuh cinta padanya hampir 20 tahun yang lalu.

Sebaris katanya yang membuat hatiku berbunga-bunga, "Bila i dengar lirik lagu ni perkara pertama i terbayang adalah u dan kita".

Jujurnya juga tiada siapa sangka sehingga kini hubungan kita. Selepas semua yang kita lalui bersama selama hampir 2 dekad...buat apa dicerita, bahagia kita rasa, biar tak dipercaya, peduli orang kata......


150 Juta

Ciptaan: Fynn Jamalj

Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta apa kau pura-pura suka
gDi seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang bua csejujurnyat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu
Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas jujur apa adanya

Aku lagi kenal dia
Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi
Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata
Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya
Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata
Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada
Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada
Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Thursday, 4 April 2013

Apa difikiranku....

Kita manusia ni kadang kala terlalu banyak memikir sehingga tak sedar kita keluar dari dunia nyata buat seketika. Dan mungkin itu yang terjadi pada aku semalam. Namun sejujurnya aku masih gagal mengingati realiti semalam.  Begini ceritanya.

Aku merancang untuk meninggalkan office tepat jam 6 petang sebab baby Rayyan kurang sihat. Tapi aku hanya manusia biasa yang hanya merancang tapi Yang Maha Berkuasa yang menentukan.  Tetiba ada kerja yang perlu diselesaikan segera tanpa ditangguh, maka bekerjalah aku sekuatnya...iaitu menyiapkan tugasan  itu. Siap je, ready to balik jam dah pun menunjukkan pukul 6.30 petang.

So bermulah perjalanan pulangku...dan ini adalah setakat yang aku ingat.  Keluar dari gate pejabat, masuk jalan ke jalan raya, amik kiri turun ke highway, amik lane tengah dan vrooommmmm je...lepas tol masuk gear potong bas, dan kemudian.....

Aku sedar-sedar dah hampir ke tol UPM dan aku bertanya pada diri aku, macam mana aku joleh ada dijalan itu dan automatiknya aku lihat ditempat aku selalu letakkan tiket tol. Tiada tiket disitu kecuali wang kertas lima ringgit yang aku standby untuk bayar tol. Makanya otak aku pun ligat berfikir segala kemungkinan yang ada, tiket itu terjatuh ditiup angin, tiket itu terselit ditempat lain atau paling mengerikan aku melepasi tol tanpa mengambil tiket, huishhh samseng betil aku.

Selepas hampir 10 minit aku membiarkan kereta yang berbaris belakang aku di tol UPM, memaki hamun, atau berangan, atau menyumpah seranah aku, akhirnya aku diminta membayar RM53.30 pada tol yang nilai sebenarnya cuma RM1.60.

Berfikir hingga terkeluar dari realiti itu telah merugikan aku RM 51.70. Tapi itu hanya nilai ringgit yang membolehkan aku membeli 3 ekor ayam sebagai lauk untuk seminggu, cuba bayangkan kalau sesuatu yang lebih buruk berlaku?.....

Sehingg kini aku masih gagal mengingati apa yang berlaku tapi aku tetap ingat apa yang ada difikiranku ketika itu....baby Rayyan yang demam, suamiku yang kurang sihat dan kakakku yang perlu dimasukkan ke wad awal mei ini....dan itulah yang ada dalam fikiran aku....

Sunday, 31 March 2013

Aku dan gadget

Aku dan gadget
ibarat manusia dan merpati
ingin saling mendekati
tapi tidak cukup berani

Aku dan gadget
akan terkejarkah aku
kepantasannya?
keaktifannya?
kederasannya?
kemajuannya?

Tak aku pasti
kerana aku dan gadget
tidak sama seperti
kau dan gadget

Monday, 25 March 2013

Selamat UlangBULAN ke 10 Hasrul Rayyan Naim

Sedar tak sedar masa pantas berlari...Hasrul Rayyan Naim genap 10 bulan hari ini..... Namun segalanya yang berlaku dari saat aku mula merasai kehadirannya dalam diriku dan disaat kelahirannya yang penuh dramatik masih aku terbayang dengan jelas.........

Yang pasti kehadirannya mengembalikan cinta itu...cinta yang aku kuburkan hanya kerana sebuah kelukaan dan kehancuran...........

Membina cinta baru bersamanya sungguh bermakna walaupun aku masih gagal menjadi sempurna... 

Inilah aktiviti budak tenit yang dah masuk 10 bulan....



Salam pembuka bicara........

Assalammualaikum..........

Salam sebagai pembuka bicara di dada dokumen tanpa kata... tanpa juga sebarang tinta.. cuma sekadar untuk berkongsi rasa dan kata yang datang dalam fikiran tanpa tahu pada siapa ingin diluahkan....

Adakah cukup kata-kata sebagai perkenalan...mungkin juga tidak... tapi cukup sebagai permulaan.